Keusahawanan
5 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini4 Ogos 2018, bersamaan hari Sabtu, Pusat Internet Spaoh telah mengadakan program Keusahawan bertempat di bilik latihan PI Spaoh. Program ini dihadiri seramai 21 orang peserta berumur 18 tahun ke atas. Tujuan program ini adalah untuk membantu usahawan menambah pendapatan melalui bisnes secara online.
Program ini dikelola oleh Trainer En Muhamad Bukri Bin Ahing selaku wakil dari MCMC. Antara pengisian program ini adalah Facebook for Business,Whatssap Marketing,Copywriting Techniques,Search Engine Optimization(SEO) dan Basic Graphic Design Canva.
Melalui program seperti ini, usahawan akan lebih mempelbagaikan cara pemasaran selain bergantung dengan pendapatan jualan secara offline.Minda para usahawan lebih terbuka untuk mengetahui perniagaan secara digital. Objektif PI juga dapat dilaksanakan iaitu dengan membantu komuniti menggunakan kuasa digital dalam mengembangkan perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: